.jpg)
.jpg)
Setiap hari, pelajar-pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Hikmah berusaha menghafaz ayat demi ayat kalamullah. Namun, kenderaan sedia ada kini sudah uzur dan sering mengalami kerosakan, menyukarkan urusan harian seperti:
✔️ Pengangkutan pelajar ke program luar
✔️ Urusan beli barang dapur & keperluan harian
✔️ Penghantaran pelajar sakit ke klinik
✔️ Program khidmat masyarakat
Kami memerlukan sebuah van baharu untuk melancarkan operasi pendidikan dan kebajikan para pelajar.
✔️ Sasaran Kutipan: RM120,000
Inilah peluang anda untuk melabur saham akhirat. Setiap pelajar yang dibawa dengan van ini, setiap huruf al-Quran yang dihafaz – anda turut memperoleh ganjarannya insyaAllah.
✔️ "Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain."
— Hadis Riwayat al-Tabarani
✔️ “Apabila seseorang meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakannya.”
— Hadis Riwayat Muslim
✔️ Infaq anda adalah saham akhirat yang akan terus mengalir!
Setiap kilometer van ini bergerak membawa para pelajar tahfiz — insyaAllah anda turut menerima bahagiannya.
✨ Sertai kami dalam misi ini. Tekan butang di bawah dan pilih jumlah infaq anda sekarang.
✔️ Siapa Kami?
Yayasan Pendidikan Al Hasan adalah badan amanah yang menyokong pendidikan Islam berkualiti untuk semua lapisan masyarakat, khususnya anak-anak asnaf. Kami membangunkan tadika Islam, sekolah rendah & menengah Islam serta sedang membangunkan pusat tahfiz di Shah Alam & Puncak Alam.
Ikuti perjalanan kami dan bantu sebarkan misi ini:
✔️ Website: yayasanhasan.org
✔️ Telegram t.me/yayasanhasan